Pengenalan



Terapi Tenaga ES2Q (ESQQ) atau dahulunya dikenali sebagai Terapi Tenaga HN (Haji Nazmi) merupakan suatu terapi yang sangat seni dan berkesan didalam membentuk semula sahsiah, pemikiran dan juga merawat pelbagai jenis penyakit dengan izin-Nya (InshaAllah). Proses terapi ini bergantung sepenuhnya kepada niat seseorang. Terapi Tenaga ES2Q ini menggabungkan Terapi Tenaga VNP, NLP, MAT dan juga JMP.

VNP (Virtual-Negative Proton) merupakan elemen yang sangat-sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia untuk tujuan keseimbangan. Gelombang Tenaga Hayat (VNP) ini berupaya mempertingkatkan bioelektrik tubuh yang boleh mengimbangi Hati, Minda, Tubuh dan Rohani ke arah lebih Tenang, lebih fokus, lebih ingatan, lebih cergas, lebih cerdik, dan lebih sihat. Ini dicapai dengan meningkatnya elektrolisis di peringkat sel yang menghasilkan bioelektrik tambahan beserta getaran ketenangan yang sangat diperlukan tubuh.

NLP (Neuro-Linguistic Programming) pula digunakan untuk menggerakkan VNP bagi merawat apa jua masalah yang terdapat dalam diri manusia supaya kembali harmoni dan tenang. Dengan ketenangan itulah kita akan bermunajat kepada Allah S.W.T untuk dapatkan kehendak kita. Segala-galanya bergantung kepada niat dan bersihnya hati seseorang ketika menjalankan terapi ini.


MAT (Muscare Aroma Therapy) digunakan sebagai proses akhir dalam terapi berkenaan bertujuan untuk mengharumkan anggota dalaman tubuh supaya ia menjadi segar dan harmoni.


JMP digunakan untuk merawat saraf tunjang agar berfungsi seperti biasa.




Di kemaskini : MAM



Video Pengenalan Terapi Tenaga ES2Q
Oleh : Tn. Haji Nazmi B Md Noor


Pengenalan Bahagian 1:






Pengenalan Bahagian 2:



Suka dengan entri ini?