Laman Info



Info : PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuaan Ibu mengeratkan lagi hubungan
kasih sayang antara Ibu dan Anak
       Bagi kebanyakan ibu menyusukan anak selepas bersalin adalah satu perkara yang lumrah. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, dengan perubahan cara hidup, penghijrahan dari luar bandar ke bandar, peningkatan taraf ekonomi keluarga dan ramai ibu yang keluar bekerja, ramai ibu di Malaysia yang tidak menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Sebab-sebab utama yang disebutkan mengapa ibu tidak menyusukan anak, atau mereka menyusukan anak buat seketika sahaja ialah susu ibu tidak mencukupi. Perkara ini boleh dielakkan sekiranya ibu membuat persediaan awal.


PERSEDIAAN SEMASA MENGANDUNG UNTUK PENYUSUAN YANG BERJAYA

  • Ibu perlu yakin bahawa ia boleh menyusukan anaknya dan memang bersunguh-sungguh hendak melakukannya.
  • Semasa mengandung buah dadanya akan membesar oleh itu dia perlu memakai baju dalam yang lebih besar daripada biasa. Buah dada perlu diampu dengan tegap.
  • Buah dada dibasuh dengan sabun setiap kali mandi dan dikeringkan. Sapukan knm, losyen atau minyak ke atas puting supaya ia lembut.
  • Amalkan menarik puting setiap kali mandi supaya ia tegap dan apabila menyusukan anak puting tidak akan berasa sakit.
  • Selepas 7-8 bulan mengandung urut buah dada setiap hari supaya air susu senang mengalir keluar.
  • Kadang-kadang ada cecair berwarna kekuningan keluar dari puting. Cecair ini dipanggil kolostrum. Ibu perlu memicitnya keluar setiap hari supaya air susu senang mengalir


PERINGATAN UNTUK IBU!

  • Semasa menyusu kedua-dua ibu dan anak perlu bertenang.
  • Beri anak menghisap dalam tempoh setengah jam selepas ia lahir. Cara ini akan mempercepatkan proses pengeluaran susu ibu.
  • Kolostrum yang pekat dan bewarna kekuningan adalah sangat baik untuk bayi. Ia mengandungi antibodi yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Pada 2-3 hari yang pertama se1epas lahir, hisapan anak adalah sangat pending. Walaupun masa itu air susu yang keluar tidak banyak, hisapan anak membantu supaya susu cepat dikeluarkan. Dengan menghisap susu ibunya, bayi boleh membersihkan perut dan ususnya. Oleh kerana itu najis permulaan bayi bewarna hijau kehitaman.
  • Air susu yang keluar pada peringkat permulaannya walaupun sedikit ia mencukupi untuk bayi. Bayi tidak perlu diberi susu tambahan.
  • Hisapan bayi membantu mengecutkan  rahim ibu. Kadang-kadang ibu akan berasa sakit di bahagian rahimnya, tetapi pengecutan itu tidak mendatangkan mudarat.
  • Besar atau kecilnya saiz buah dada tidak menjadi masalah untuk menyusukan anak.
  • Mutu susu ibu itu sendiri adalah baik. Jika sekiranya pemakanan ibu tidak begitu baik, susunya masih bermutu tinggi.
  • Memberi anak susu tambahan akan menjejaskan proses pengeluaran susu ibu, mengurangkan pengaliran susu dan akhirnya susu ibu memang tidak akan mencukupi.
Sumber : Siri Pendidikan Kesihatan - Makanan dan Permakanan
                Safiah Mohd Yusof, 1996 - Terbitan Delmu (M ) Sdn.Bhd









































Sertailah Sekarang!!!
Pelbagai Info dan tips yang menarik dan berkesan akan dikongsikan bersama.....




Info: KENALI DIABETIS

       Diabetes adalah satu keadaan di mana badan tidak dapat mengawal tahap gula dalam darah. Ini berlaku kerana badan tidak menghasilkan atau betul  menggunakan insulin, sejenis hormon yang diperlukan untuk menukar gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga yang diperlukan untuk kehidupan seharian.


Gejala-gejala diabetes 

  • Membuang air kecil dalam jumlah yang besar tetapi pada sela masa yang singkat.
  • Dahaga yang berlebihan.
  • Mudah letih.
  • Penglihatan yang kabur.
  • kehilangan berat badan secara drastik (tanpa diet dan senaman) 
  • Kerap ditumbuhi bisul 
  • Luka bernanah 
  • Jangkitan kuman di kemaluan. 


Jenis Diabetis

Jenis 1 | Kebergantungan insulin 

Penyakit autoimun di mana badan tidak menghasilkan insulin, yang paling sering berlaku di kalangan kanak-kanak, orang dewasa muda dan pengidap diabetis tahap kritikal. Orang yang menghidap diabetes jenis 1 mesti mengambil suntikan insulin setiap hari untuk terus hidup. Ini kerana pankreas orang menghidap diabetes jenis 1 ini tidak berfungsi atau tidak dapat mengeluarkan insulin.

Jenis 2 |Tidak kebergantungan insulin

Satu masalah metabolik akibat daripada ketidakmampuan untuk membuat cukup atau betul menggunakan insulin badan, ia adalah penyakit biasa yang sering dihadapi.



Syarat yang boleh membawa kepada Diabetis

  • Obesiti (berat badan yang berlebihan)
  • Gangguan kelenjar seperti pankreas, adrenal dan kelenjar tiroid.
  • Gaya pemakanan yang tidak sihat (pengambilan karbohidrat dan lemak yang berlebihan)
  • Genetik
  • Gaya hidup yang tidak sihat (stress, kurang bersenam dan merokok)
  • Persekitaran (radioaktif dan radikal bebas- boleh merosakkan organ dan kelenjar tubuh)


Pencegahan diabetis dan rawatan awal

  • Diet yang tinggi dalam karbohidrat kompleks tetapi rendah gula dan lemak.
  • Pengambilan susu kambing setiap hari ( susu kambing kaya dengan protien globular yang digunakan untuk pertumbuhan kelenjar dan penghasilan enzim dan hormon)
  • Banyak meminum air kosong (minimum 1.8 liter sehari)
  • Mereka yang obesiti harus menurunkan berat badan 
  • Berhenti merokok
  • Bersenam selalu
  • Ibubapa harus dalam keadaan sihat ketika proses membuat anak.
  • Ibu mengandung harus mendapatkan nutrisi yang cukup dan menghindarkan diri dari tempat persekitaran yang berpencemaran tinggi. 


Sertailah Sekarang!!!
Pelbagai Info dan tips yang menarik dan berkesan akan dikongsikan bersama.....



Suka dengan entri ini?