Orientasi Modul

Tenaga NLP digunakan untuk menggerakkan Tenaga VNP bagi merawat apa jua masalah sama ada Fizikal, Mental, Psikologikal ataupun Spiritual dan kesemuanya bertitik tolak daripada Niat serta Keikhlasan seseorang dengan Allah S.W.T.

Klien akan diajar bagaimana untuk menjalankan sesi Terapi ini secara Teori & Praktikal dan boleh juga digunakan untuk merawat seisi Keluarga bagi membina keharmonian didalam Rumahtangga. Setiap sesi akan memakan masa selama 40 minit termasuk perbincangan dan penerangan berkenaan Terapi Tenaga ES2Q ini.

Terapi Tenaga ES2Q ini berpegang kepada beberapa prinsip seperti berikut:-
  • Merujuk mafhum Hadis Nabi Muhammad S.A.W. Jika sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam segelas air maka kita disuruh untuk merendam lalat itu hingga tenggelam sepenuhnya dan selepas itu dibuangkan lalat itu maka airnya boleh diminum kerana pada sebelah sayap lalat ada penawar dan sebelah lagi adalah racun. Ada keseimbangan pada tubuh lalat itu. Tubuh manusia jauh lebih hebat daripada tubuh seekor lalat.
  • Berpegang kepada Hadis, “Rasulullah S.A.W. bersabda, bahawa setiap penyakit ada Ubatnya kecuali Mati dan Tua.”
  • Meyakini sepenuhnya, firman Allah S.W.T. iaitu: “Mintalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan permintaan kamu.”
  • Menyakini sepenuhnya firman Allah S.W.T, “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaun itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri.”
  •  Tiap sesuatu yang kita buat itu bergantunhg kepada Niat. (Hadis 40 Imam Nawawi).
<--- klik gambar untuk mendapatkan klip-klip terkini.


Di kemaskini : MAM




Suka dengan entri ini?