Anak Ibarat Kain Putih


Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak. Dari artikel yang saya tulis sebelum ni saya cuba tekankan betapa pentingnya ibu mengandung menjaga minda dan emosinya kerana ia secara langsung akan mencorak minda anak yg sedang dikandung. Ayah juga tidak secara langsung mencorakkan juga pemikiran anak dr tingkah laku terhadap isterinya yg sedang mengandung itu.

Semua emosi ataupun perasaan yg ada pada seseorang itu akan mengubah fisiology badannya secara kimia, emosi yang baik memberi manafaat dan emosi yg negatif adalah perosak. Di dalam keadaan stress darah akan kurang mengalir kebahagian depan otak (frontal lobe) yang mana itu adalah otak yang berfikir, ini menyebabkan manusia lebih mengambil tindakan tanpa berfikir yang selalunya dari memori (yang dilihat atau didengar sebelum ini). Janin yg sedang membesar di dalam kandungan juga turut merasa kesan emosi tersebut melalui placenta atau pun tali pusat. Placenta bukan setakat menyalurkan makanan ataupun untuk perkumuhan, semua yang dilihat, didengar dan dirasai oleh ibu akan turut dirasai oleh janin kesan dari kimia2 emosi yg dirembes oleh otak (hipotalamus, pituatary) dan juga kelenjar adrenalin yang mengeluarkan hormon stress.

Lihat gambar dibawah, hasil dari eksperimen yg dijalankan dimakmal, walaupun ia adalah janin tikus tetapi perbezaan dapat dilihat dgn nyata, dua ekor tikus yg sedang mengandung tetapi di letakkan didalam keadaan/situasi yg berbeza. Seekor di letakkan dlm suasana yg tenang dan aman degan makanan yang mudah untuk didapati dan yang seekor lagi diletak dalam keadaan sebaliknya. Lihat perbezaan dari saiz otak depan (frontal lobe) yang merupakan otak yg berfikir. Ibu yang mengandung di dalam keadaan yg tertekan menyebabkan anaknya lebih kecil otak depannya tetapi agak besar otot-ototnya.
Janin yg membesar dalam keadaan ibunya tertekan akan menyebabkan dirinya bersiap2 untuk "protection" berbanding degan ibu yang tenang dan tenteram, saiz otak depan ini membezakan sifat seseorang itu samada penuh degan sifat2 yg baik dan sempurna atau sebaliknya. Si ibu dan bapa yg menjadi "genetic engineer" secara tidak langsung mencorak kehidupan anak tersebut.

Menurut pakar sel Dr Bruce Lipton, sebelum persenyawaan lagi kedua suami dan isteri sudah secara genetiknya "menyiapkan" sperma dan telur mereka tanpa mereka sedar, memilih gen yang sesuai untuk di berikan kepada anak mereka, mengikut persekitaran yang di alami. Suasana kehidupan akan menyebabkan suami dan isteri itu merasai emosi-emosi tertentu. Emosi yg tertekan, stress, risau dan sebagainya akan menyebabkan gen yg tersedia di dalam sperma dan telur bersiap sedia untuk mengalami keadaan-keadan tersebut.

Lihat keadaan sekeliling kita sekarang ini dan perhatikan tingkahlaku anak-anak zaman sekarang, ibubapa yg terlalu asyik mengejar dunia materialistik selalunya sering tertekan dan stress. Anak yang bakal lahir juga akan bersiap-siap untuk menjalani kehidupan yang sama. Selagi kita tidak sedari akan hakikat ini selagi itu manusia akan menuju kehancuran. Allah jadikan wanita itu sebagai pendamping lelaki dan menjadi ibu kepada anaknya2 dan bukan untuk bersaing di bidang kerjaya seperti yg diagung-agungkan sekarang ini.

Bukanlah niat saya untuk memastikan wanita berhenti bekerja dan menumpukan perhatian hanya sebagai ibu, bagi yang terpaksa bekerja haruslah cuba pastikan dirinya sentiasa tenang, begitu juga dgn suami. Malah sebelum mahu mengandung lagi suami dan isteri haruslah mula berfikir anak yang bagaimana mereka mahukan. Suami juga haruslah lebih prihatin terhadap isteri kerana emosi isteri yang tertekan disebabkan perangai suami bukan sahaja mempengaruhi bayi yang di dalam kandungan, anak-anak yang sudah ada pun akan merasa tempiasnya. Jadi jagan salahkan persekitaran, rakan-rakan, internet atau pun apa-apa lagi faktor luar jika anak itu membesar menjadi anak yg liar.

Bagaimana ketenangan ini boleh dicapai? Bersolatlah dan sembahyanglah dengan penuh khusyuk dan fokus yg mana sembahyang yg khusyuk itu sahajalah yang diterima Allah, mengapa? Kerana bila fokus dan khusyuk itu sahaja yg akan membaiki semula otak depan (frontal lobe) yang membolehkan manusia boleh berfikir kembali dgn lebih sempurna.

Cuba melihat dunia dari sudut yang berbeza, manusia sekarang terlalu tenggelam mengejar kebendaan yang menyebabkan kita menumpukan kepada apa yg kita tidak miliki, yang sudah dimiliki kita tidak endahkan dan jadilah kita manusia yang tidak bersyukur. Fokus kepada apa yang sudah kita miliki dan selalulah bersyukur kepada Allah dengan menunaikan perintah-perintahnya. Hidup akan lebih tenteram dan aman, emosi yang tenang dan aman akan menyebabkan otak depan (frontal lobe) akan lebih kreatif dan fokus lantas membuka lagi jalan dan peluang-peluang untuk mendapatkan lagi nikmat-nikmat kurniaan Allah yang lebih banyak lagi. Insyaallah...





Sumber: Anak Ibarat Kain Putih
Suka dengan entri ini?